
Sulit
5 tahun
Ovethinking ketika hamil
saya wanita berusia 25 tahun, dan sedang hamil 13 minggu anak pertama. sy ingin bertanya, adakah normal bagi seorang wanita hamil untk berfikir secara berlebihan? sy kerap memikirkan tentang kandungan saya adakah anak ini sentiasa sihat dan kekal baik dan sihat sehingga lahir nanti? perkara itu kerap bermain difikiran saya stiap masa. untuk info tambahan, saya tinggal seorg diri dirumah krana suami berkerja di laut dan akan balik sebulan sebelum melahirkan anak. adakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi ibu yang mengandung kali pertama, perkara ini biasa berlaku kerana ini adalah pengalaman pertama mereka. Namun begitu, anda tidak boleh terlalu memimirka perkara ini, sebaliknya luahkan kepada seseorang yang lebih berpengalaman atau sesiapa yang rapat dengan anda seperti ibu bapa atau adik beradik dan rakan terdekat.
Keadaan anda yang tinggal sendirian juga boleh menyumbang kepada and untuk berfikir tentang pelbagai perkara terutamanya tentang kandungan anda secara berlebihan. Sekiranya perkara ini tidak dapat dielakkan, isi masa anda ketika bersendirian dengan perkara yang boleh menggembirakan anda seperti melakukan hobi, membaca, mendengar muzik atau menonton cerita yang anda sukai.
Sekiranya anda terlalu runsing sehingga menjejaska rutin harian atau kesihatan anda, and boleh rujuk diri anda kepada unit kaunselling atau mana-mana badan sokongan yang lain seperti website positivparenting.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.