
Sulit
4 tahun
Pagi dok adakah onani dapat mengurangi prebiotik dlm usus
Dok adakah perbuatan onani mengeluarkan sperma dapat mengurangkan probiotik dalam usus sebab saya sudah lama sakit perut diikuti otot berkedut sekitar tubuh,floater pada mata dan tulang ekor sakit dan bengkak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun maklumat yang anda berikan mengenai gejala yang anda hadapi adalah tidak mencukupi. Banyak lagi maklumat lain yang harus ditanyakan untuk pihak kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi. Akan tetapi, ianya tidak berkai rapat dengan probiotik di dalam usus.
Namun, untuk makluman pihak anda, perbuatan onani boleh mendatangkan keburukan seperti:
Kecutan bahagian zakar. Disebabkan aktiviti melancap yang sangat aktif, ianya boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada bahagian otot di zakar. Keradangan ini apabila berlarutan akan menyebabkan berlakunya sakit pada zakar individu tersebut serta membawa kepada pengecutan zakar.
‘Erectile dysfunction’. Ini merupakan sebuah masalah yang dipanggil sebagai mati pucuk. Perkara ini akan disebabkan oleh aktiviti melancap yang aktif. Hal ini kerana kerap melancap akan mengurangkan keupayaan untuk mencapai tahap ereksi yang maksimum.
Ejakulasi pramatang. Ini bermaksud seseorang lelaki itu memancut keluar air mani terlebih awal sebelum memuaskan pasangannya. Hal ini kemungkinan akan menjejaskan rumah tangga mereka kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka.
Cepat kelihatan tua. Aktiviti melancap yang kerap ini akan menyebabkan individu tersebut cepat sangat kelihatan tua dan ini akan menyebabkan penampilan diri seseorang itu kurang segak.
Kemandulan. Seseorang yang kerap melancap dikatakan akan menghadapi kemandulan. Hal ini kerana aktiviti melancap ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan sperma dalam air mani. Ini sekali gus akan membawa kepada kesukaran untuk wanita menjadi hamil.
Nasihat saya, adalah lebih baik sekiranya nada berhenti melakukan perbuatan ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.