
Sulit
4 tahun
Pagi dok , sakit perut dan kawasan abdomen tak sembuh sembuh
dok saya ada bengkak kat tulang ekor , soalan saya bolehkah tulang ekor yang bengkak/lebam boleh menyakitkan perut (MOHON PENJELASAN DOK) TERIMA KASIH

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sukar untuk saya menjawab persoalan anda kerana maklumat yang diberikan adalah terhad.
Untuk makluman pihak anda, masalah lebam ini adalah disebabkan saluran darah di bawah kulit pecah dan mengakibatkan darah berkumbul di bawah kulit. Hal ini kebiasaannya disebabkan oleh trauma atau masalah pendarahan.
Selain itu, masalah sakit perut ini boleh disebabkan oleh banyak perkara bergantung dengan kawasan perut yang sakit kerana kawasan perut boleh dibahagikan kepada 9 bahagian. Dan setiap bahagian ini boleh merujuk kepada organ yang berbeza.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.