
Sulit
4 tahun
Pagi saya membuang air kcil dan melihat ada keputihan bercampur darah keluar .tanda apa ka itu?
Saya wanita dalam 20’an .saya ada bersama dia dan terlanjur . Keesokan hrinya saya ada makan pill postinor dan malam saya ada minum minuman berakohol .adakah pill ini berkesan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil pil tersebut, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan. Jika anda telah mengambil pil perancang ini mengikut waktunya, risiko untuk anda hamil adalah rendah.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.