Sulit
4 tahun
Pakai gelang putih dan dikuarantin 10 hari
ahli keluarga saya positif covid dan kini saya sedang memakai gelang putih dan dikuarantin 10 hari. Adakah saya boleh pergi ke ppv untuk mendapatkan dos kedua? atau saya perlu membatalkan temujanji dengan alasan sakit? atau perlu menghubungi pihak ppv?
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Memandangkan anda masih belum menghabiskan tempoh kuarantin, anda dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat anda pada MySejahtera dan menangguhkan pengambilan vaksin anda. Ini kerana sekiranya anda positif Covid-19 tanpa gejala, anda berisiko untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain di pusat pemberian vaksin.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































