lizapadir
6 tahun
Palpitation dan rasa sukar bernafas
Sy adalah nurse dan sekarang membantu di bahagian wad kecemasan akibat kekurangan kakitangan. Sejak 3 hari ni saya mula rasa palpitation, sukar bernafas & muscle pain at back. Tapi tiada demam, selesema dan batuk. Cuma kadang2 rasa sakit tekak. Sy juga ada masalah kesihatan mitral valve regargitation. Adakah sy berisiko dengan covid-19?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah degupan jantung laju ini boleh disebabkan:
- Masalah ritma jangtung seperti Atrial Fibrillation
- Masalah jantung
- Masalah hormon seperti hipertiroid atau phaeochromocytoma
- Kesan ubat-ubatan
- Masalah psikiatri seperti Penyakit Keresahan (Anxiety Disorder) atau Agorophobia (takut hendak keluar rumah)
Palpitation bukanlah simptom lazim untuk jangkitan Covid-19.
anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































