
meow_luwee
5 tahun
Palpitations / Anxiety Disorder
saya berumur 38 tahun, saya sering mengalami palpitations, ujian ecg dan halter menunjukkan tiada masaalah pada jantung.
saya tidak dapat menjalan kan aktiviti normal kerana bimbang serangan berlaku. takut di tempat awam, takut memandu, saya tidak dapat tidur yg cukup kerana sering terjaga dan diserang sesak nafas, fikiran bercelaru, kaki dan tangan kebas.
adakah serangan ini berkait rapat dengan axiety disorder, perlukah saya dapat rawatan pakar ? atau buat ujian saringan di klinik biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah degupan jantung laju ini boleh disebabkan:
- Masalah ritma jangtung seperti Atrila Fibrillation
- Masalah hormon seperti hipertiroid atau phaeochromocytoma
- Kesan ubat-ubatan
- Masalah psikiatri seperti Penyakit Keresahan (Anxiety Disorder) atau Agorophobia (takut hendak keluar rumah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.