
Sulit
5 tahun
Panas badan suhu meningkat
Saya wanita yg berusia 45 tahun. Saya mengalami panas badan di waktu tengahari sehingga lebih kurang 11 mlm. Suhu selalunya 37.1 - 37.5. Kadang badan berpeluh tapi bila sukat suhu 37.4. Saya bingung. Sebab badan tak rasa macam demam. Apakah maksud ini Doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Suhu badan yang anda nyatakan ialah normal. Untuk makluman anda, julat suhu badan normal ialah dari 36.5-37.5 darjah Celsius. Oleh itu, anda tiada apa yang perlu dirisaukan. Anda mungkin berasa panas kerana cuaca atau kurang minum air. Selain itu, makanan pedas atau hangat juga boleh memanaskan badan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.