
muhammadhafiz7189
4 tahun
Panas dalam badan seterusnya Najis Bewarna hijau dan sedikit cirit birik
Selamat sejahtera, subuh hari jumaat mengalami asam lambung dalam badan sehingga rasa pedih di tekak… saya ada berbuka puasa dengan air berwarna biru, pada sabtu pagi saya dapati najis bewarna hijau. Pada mulanya saya ingat najis berwarna hijau ddisebabkan air berwarna biru. Namun pada pagi ini, saya najis tetap berwarna hijau dengan sedikit cirit birit. Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penggunaan pewarna makanan
- Pengambilan sayur hijau
- Masalah penghadaman
- Masalah perubatan seperti penyakit Crohn atau irritable bowel syndrome
- Keracunan makanan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera jika anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Cirit-birit yang berlanjutan
- Sakit perut
- Najis berdarah
- Lemah dan lesu badan
- Pitam atau hampir pitam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.