Sulit
2 tahun
Panas dalam badan
Saya lelaki 30 an.luar badan saya xpanas.dalam badan panas.sehinggakan penglihatan mata saya jadi seperti orang demam…tengok semacam je… penglihatan seperti orang demam.saya minum air cap badak badan saya sejuk sebentar dan penglihatan kembali normal.dalam setengah jam macam tu dalam badan saya jadi panas balik.dan penglihatan jadi semacam balik seperti orang demam panas.bagaimanakah harus saya buat doktor?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Dehidrasi
- Jangkitan seperti bakteria dan virus
- Radang pada anggota badan tertentu
- Sunburn
- Jangkitan COVID-19
- Selepas vaksinasi (gejala ini akan reda selepas beberapa hari dan adalah normal)
- Heat stroke
- Kesan sampingan ubat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.