
Sulit
4 tahun
Panas dalam tapi cek suhu normal
Saya wanita 30an sejak akhir2 ni saya mengalamai panas dalam yang perit di bahagian pusat ke dada kaki dan tangan saya sejuk. Apakah masalah spenyakit saya ni. an. Sejak 2 bula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah badan panas ini sangat subjektit. Oleh sebab itu, pemeriksaan menggunakan thermometer adalah penting bagi membuat kesimpulan. Sekiranya pemeriksaan menunjukkan suhu anda normal. maka anda tidak demam.
Berkemungkinan perbezaan suhu adalah disebabkan persekitaraan atau makanan yang diambil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.