
Sulit
3 tahun
Panas dibahagian tekak dan dada
Assalamualaikum…saya wanita berumur 27tahun dan sering terasa seperti makanan terlekat di tekak selepas makan terutama apabila baring. Saya juga terasa panas dan pedih dibahagian dada hingga ke tekak menyebabkan terasa ingin muntah…apakah masalah yang saya alami ini?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan diatas, anda ingin mengetahui punca dari gejala yang dialami pada bahagian dada anda. Kami akan cuba membantu.
Umumnya gejala panas dan pedih di bahagian dada yang disertai gejala tekak tidak selesa loya dan muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- peningkatan asid perut
- inflamasi tisu/otot/sendi pada kawasan dada
- trauma saluran pencernaan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- GERD
- Gangguan jantung
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.