
Sulit
4 tahun
Panas kepla dan nafas,prut berangin dan crit brit
Hi doktor,sy mengalamai panas kepala dan nafas.(badan agak sejuk) sebelum itu,pada mlmnya sy tlh agak lewat dri jadual mkn sebelumnya dan terus mkn cake yg b’krim.esoknya sy merasa tdak selesa d sekitar ulu hati da d ikuti perut berangin dan simptom d atas tersebut.sy juga ada mengalami sembelit dan seterusnya cirit birit keesokan.bila mlam jika agak sejuk sy akan mudah menggigil kesejukkan yg teramat.kini d leher kanan bwah rahang juga merasa tidak selesa.bila sy dlm keadaan bgtu,hdung sy juga agak tersumbat tanpa hingus.boleh tak doktor sarankn ubat untuk sy beli.sy agak risau untuk ke klinik dsebabkn kes kota kinabalu masih tinggi dalam covid.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami
Kami bersimpati dengan masalah/ gejala yang anda keluhkan. Walaubagaimanapun, kami memerlukan maklumat yang lebih jelas supaya kami dapat memahami masalah sebenar yang anda hadapi. Selain itu, pemeriksaan fizikal juga diperlukan sebelum memutuskan suatu diagnosis penyakit. Namun begitu, gejala panas kepala dan badan agak sejuk, menggigil seperti yang anda terangkan mungkin merupakan gejala demam sejuk. Punca utama demam sejuk adalah pendedahan kepada persekitaran yang sejuk dan jangkitan virus dan bakteria. Antara penyebab lain adalah:
- selesema : keadaan ini boleh pulih sendiri tanpa ubatan. Namun, ubat “over-the-counter (OTC)” boleh diambil untuk melegakan gejala. Vaksin juga dinasihatkan.
- tonsilitis : ubat “over-the-counter (OTC)”, minum banyak air, antibiotik. Dalam kes yang teruk, pembedahan untuk membuang tonsil dinasihatkan.
- tekak strep : ubat “over-the-counter (OTC)”, minum banyak air, antibiotik. Dalam kes yang teruk, pembedahan untuk membuang tonsil dinasihatkan.
- jangkitan telinga: minum banyak air, ubat tahan sakit, antibiotik.
- TB : ubat anti-tuberkulosis
- malaria : ubat anti-malaria.
- bronkitis : ubat untuk mengurangkan demam, minum banyak air, berhenti merokok.
- jangkitan pundi kencing : minum banyak air, ubat tahan sakit, antibiotik.
- mononucleosis: ubat kortikosteroid untuk mengurangkan tekak dan tonsil bengkak, ubat “over-the-counter (OTC)”, mendapat banyak rehat, minum banyak air.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera
Berkenaan keterangan anda, nasihat saya, amalkan pemakanan mengikut jadual yang betul dan kurangkan makanan manis demi menjaga kesejahteraan tubuh badan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!