
Sulit
5 tahun
Panas perut dibahagian kiri
saya pelajar berumur 21 tahun.semenjak dua hari ini saya merasakan sakit dibahagian tengah perut.dan apabila saya makan makanan yang panas.perut bahagian kiri terasa panas.dua bulan yang lepas saya pernah menghadapi berak berdarah dan dua hari lepastu berak kembali normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut dibahagian kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis
- Ulser perut
- Kehamilan ektopik
- Ovarian cyst atau follicle yang pecah
- Sembelit
- Diverticulitis
Dikeranakan sakit perut bahagian kiri dengan rasa mencucuk dapat disebabkan oleh pelbagai hal daripada masalah perut sehingga ke masalah organ reproduksi, anda dianjurkan untuk merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.