
Anonymous
5 tahun
Panau di lengan . apa ubat nya?
sya wanita berumur 20 tahun . sya mempunyai kesan putih d lengan yg pada mula nya hanya sbesar duit syiling 50 cent dan skrg ianya makin banyak . juga d leher sya ada kesan tersebut . mcm mana sya hendak mnyembuh kan nya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, panau di lengan ataupun perubahan sebahagian warna kulit menjadi putih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kulat pitiriasis versikolor
- ptyriasis alba (apabila kulit bereaksi terhadap cahaya matahari atau alergen lain)
- vitiligo
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang sesuai dan perawatan yang tetap. Sebetulnya, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.