
Anonymous
5 tahun
Panau pada kulit - tgn ,kaki dn semakin merebak
Saya dh lama ada panau dh bertahun2
Tp baru saya nk cari rawatan utk panau
Adakah panau blh hilang walaupun dh bertahun2 ada kt kulit badan saya
, saya juga pesakit SLE
Saya mkn juga ubat steroid prednisolone,hydroxychloroquin,
Ada kemungkinan ka saya sembuh sepenuhnya dari panau
Klu saya jumpa dr
Saya perlu minta ubat yg mana
Utk cepat berkesan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Panau (Tinea Vesicolor) atau nama lainnya ‘ pityriasis versicolor ’ ialah salah satu penyakit kulit yang biasa ditemui di Malaysia. Penyakit lain yang turut datang dengan tompokan pada kulit termasuklah:
- Vitiligo (sopak)
- Tinea corporis(kurap)
- Pityriasis rosea
- Psoriasis
Dengan rawatan yang berkesan, panau boleh berkemungkinan dan tompok pada kulit boleh hilang walaupun mengambil masa yang agak lama. Ubat untuk penyakit panau boleh diberi dengan dua cara iaitu ubat sapu dan ubat makan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih