
Anonymous
5 tahun
Pancut awal kurang dari seminit
Saya lelaki yg mempunyai masalah pancut awal kurang dari seminit, saya sangat risau dengan keadaan saya sebab saya ingin berkahwin. Dan saya masih muda baru berumur 25 tahun, saya ingin jumpa doktor dan tolong bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah ejakulasi pra-matang dan “mati pucuk” adalah dua masalah berbeza. Ejakulasi pra-matang adalah kondisi dimana anda tidak dapat menahan air mani keluar .Untuk mengatasi masalah ejakulasi pra-matang, anda boleh:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.