
syamsyidah8292
5 tahun
Pandangan kabur tiba-tiba
saya lelaki berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu(sering tidak tidur malam/tidur yg sedikit).pagi ini saya bangun dari tidur (telah tidur dlm 3jam) tubuh rasa ringan dan terhuyung hayang,pandangan kabur dan berpusing2 tiba2.sebelum ini tidak pernah alami perkara ini.saat menulis ini pn mata tak dapat fokus, seakan kekiri kekanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda sebutkan boleh disebabkan:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Seandainya masalah ini terjadi sehingga menganggu kehidupan seharian serta kapasiti anda untuk melakukan kerja seharian ataupun boleh membahyakan apabila memandu dalam kondisi begini, maka adalah amat digalakkan untuk merujuk doktor. Bagaimanapun, untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.