
Sulit
4 tahun
Pandemic Covid 19 dan cara untuk mensanitasi di rumah menggunakan air sabun
Hai doc sal sejahtera. saya wanita berumur 28 tahun.saya tinggal di kawasan red zone bersama teman serumah. Teman serumah kerja nya memerlukan dia berjumpa orang. Jadi saya risau dan bimbang dengan keadaan kesihatan dia.dan setiap kali dia pulang dr luar saya akan bertindak untuk mencuci lantai dan cuci tombol-tombil pintu. Soalan saya adakah saya boleh mencuci dengan lemyembur air sabun seperti gel mandian yang dibanvuh dengan air.adakah dengan semburan air sabun ini boleh mematkan virus sekiranya ada.? Kerana kerapankali kita dinasihatkan untuk mencuci tangan dengan sabun.jd saya mengambil pendekatan dengan mengisi air dan sabun didalam botol sburan dan menyembur di kawasan2 yang sering disentuh.adakah cara jni betul doc? Adakah cara ini juga boleh mematikan virus covid? Sekiranya tidak campuran bahan cucian yang mcm mana yang boleh digunakan? Mohon pandangan dna pendapat doc. Thanx in advance!

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk membersih perabot dan permukaan di rumah, sabun pembasmi kuman (disinfectant) yang mengandungi 0.05% sodium hypochlorite atau produk mengandungi 70% ethanol adalah bahan sesuai.
Namun begitu jika tiada produk-produk yang disenaraikan, sentiasa membersihkan rumah juga adalah langkah yang bagus dalam mencegah diri dan teman serumah anda untuk dijangkiti virus melalui permukaan.
Anda juga disarankan untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini