
Sulit
4 tahun
Panic attack atau anxiety
Assalammualaikum, salam sejahtera. Tapak kaki saya sejuk, jantung saya kadang2 laju, saya selalu ingat mati, rasa takut, kaki saya menggeletar, tangan saya menggigil. Tapi lepas saya makan ubat demam, ia kembali pulih. Tapi selang beberapa minute, ia terjadi pagi. Boleh terangkan ? Saya takut jika masalah saya bertambah teruk. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anxiety dan panic attack merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Perbezaan terbesar antara anxiety dan panic attack ini ialah anxiety selalunya disebabkan oleh punca manakala panic attack ini boleh menyerang tetiba sahaja tanpa sebarang pencetus.
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teurk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.