
Sulit
3 tahun
Panic attack kadang2 berlaku Chek darah jantung semua ok
Saya kadang2 kena serang panic attack saya Chek jantung,darah semua ok…adakah saya kena sakit gerd? Bila saya tny doktor yg Chek saya semua ckp gastrik

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami serangan panik, adakah ini betul? Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, serangan panik boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Terlalu stres
- Genetik
- GERD atau asid refluks
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang lebih serius seperti:
- Serangan jantung
- Masalah tiroid
- Masalah sistem pernafasan
- Kegelishan (anxiety)
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.