
Sulit
3 tahun
Pantang larang vaksin
Boleh kah saya minum air batu selepas saya di vaksin,???

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh minum air batu selepas divaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tiada kontraindikasi untuk mengambil ais batu selepas menerima vaksin. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu sistem imun badan anda selepas menerima vaksin. Antaranya :
- Minum air yang secukupnya untuk kekal hidrasi
- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
- Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini