
Sulit
4 tahun
Papilladema di mata kanan
Assalamualaikum, saya berumur 28tahun… saya selalu migrain dan kerap nampak flash sehingga membuatkan saya muntah. kalau tak migrain, BP saya normal, tapi kalau datang sakit sampai berminggu-minggu sehingga BP cecah 150/103… saya dah pergi eye specialist dan mendapati saya ada Papilladema. sakit kepala terutama di bahagian belakang bawah tengkorak. jika picit bertambah sakit sehingga kadang-kadang terdengar bunyi kipas pun ada. saya ada follow up dengan hospita. tetapi tarikh jauh lagi, saya sudah tidak tahan sakit. apakah rawatan sendiri yang perlu di lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, papillaoedema ini berlaku apabila tekanan dari otak dan cecair serebrospinal terkena pada saraf optik. Ini menyebabkan saraf yang memasuki bola mata pada cakera optik membengkak.
Gejala papilloedema adalah berkait dengan peningkatan tekanan dalam otak. Antaranya:
loya
gangguan visual
bunyi deringan di telinga, sering seperti nadi
Selain itu, papilloedema ini hanyalah satu gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai jeis penyakit. Oleh itu, cara untuk merawat kondisi ini adalah bergantung dengan punca sebenar masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya selepas itu, rawatang yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.