
Sulit
4 tahun
Paracetamol di saluran pernafasan
Salam dr, macam mana nak keluarkan paracetamol yang termasuk di saluran pernafasan? Sebab tadi saya makan ubat then tersedak masa nak minum air tu. Dan saya rasa ubat tu termasuk di bahagian saluran pernafasan saya. Saya masih lagi boleh bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ketika kita menelan sesuatu seperti makanan dan ubat, satu bahagian pada tekak kita iaitu epiglottis akan menutup saluran pernafasan kita (termasuk suara kota) bagi membenarkan makanan tersebut lalu saluran pemakanan iaitu esofagus.
Sekiranya ubat panadol yang anda makan itu termasuk saluran pernafasan, anda akan mengalami satu kondisi dinamakan sebagai food aspiration yang secara langsung akan menyebabkan sesak nafas, alahan, dan keradangan pada salur pernafasan yang boleh membawa maut kepada anda.
Namun, sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami seperti terasa sesuatu pada tekak kerana ia juga boleh tersangkut pada kawasan celah kerongkong (sebelum epiglottis).
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda