
nurulaisyah536
5 tahun
Parasit di dalam tubuh badan
Hi Doktor, saya wanita berusia 20-an dan ingin bertanyakan soalan mengenai parasit di dalam tubuh badan. Saya sering mengalami ketidakselesaan di dalam perut dan kerap lapar dalam tempoh masa yang singkat selepas makan. Adakah ianya ada berkaitan dengan parasit yang tinggal di dalam usus saya? Bolehkah saya membeli ubat-ubatan untuk menyingkirkan paraasit yang terdapat di laman sesawang tetapi tidak terdapat di farmasi tempatan? Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kerap lapar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan bukan sahaja parasit. Antaranya:
- Hipertiroid
- Kemurungan
- Tekanan hidup
- Ubat-ubatan; Steroid
- Hamil
- Parasit
Bagi parasit, gejala yang anda akan hadapi adalah seperti berikut:
- Lapar/kenyang
- Kurang berat badan
- Cirit-birit
- Sakit perut
Sekiranya anda hadapi gejala ini secara berpanjangan, sila dapatkan rawatan dari doktor bagi mengesahkan kewujudan parasit dalam badan anda.
Rawatan yang diberikan bergantung kepada pesakit kerana kebiasaanya ubat tidak diperlukan untuk merawat parasit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit di atas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.