
Sulit
4 tahun
Parut apendikk yang lama
Saya pernah lakukan pembedahan apendiks dalam umur sekitar 4-5 tahun sekrg brumur 21 dan sdh berkhwin sedang mengandung 9 mngu tapi di perut saya ada parut apendik yg agak dalam dan panjang adakah itu menjejas kehamilan saya untuk tumbuh besar janin tersebut??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, pihak kami mengucapkan tahniah atas kehamilan anda. Untuk makluman anda, parut pembedahan appendiks tersebut tidak menjejaskan kehamilan dan tumbesaran janin anda.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan di bawah:
- Muntah berlebihan
- Sakit perut
- Demam
- Pendarahan dari faraj
Ingin kami tekankan supaya anda mematuhi nasihat doktor berkenaan penjagaan kandungan dan diri anda sendiri semasa sedang mengandung.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.