
Sulit
4 tahun
Parut luka lama dan tidak rata di wajah
Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai banyak parut luka yang tidak rata dan berlubang di wajah. Saya telah mencuba beberapa produk yang boleh menghilangkan atau memudarkan semua parut ini namun sepertinya semua produk yang saya gunakan itu kurang atau hampir tidak memberikan kesan kerana parut saya sudah melebihi 10 tahun. Selain rawatan laser, apa lagi rawatan yang sesuai untuk saya amalkan? Adakah parut saya ini boleh di hilangkan sepenuhnya atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian dan setiap masalah berikut memerlukan rawatan berbeza. Berikut merupakan antara rawatan bagi menghilangkan kesan parut pada kulit:
- Dermabrasion; rawatan ini memerlukan doktor kulit untuk melakukannya
- Chemical peel
- Laser
- Pembedahan plastik untuk menutup parut tersebut
- Home remedies ataupun rawatan kendiri
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, setiap rawatan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Ia boleh mendatangkan kebaikan atau mudarat kepada kulit anda dan ia bergantung kepada jenis kulit. Bergantung kepada penjagaan anda selepas rawatan, ia mungkin boleh kembali atau hilang sepenuhnya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya keadaan ini berlarutan dan mengganggu anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.