
Sulit
4 tahun
Parut pada kepala zakar
Saya ada parut2 hitam pada kepala zakar …ada sebarang ubat/ produk utk hilangkn parut tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Untuk pengetahuan anda juga, lazimnya rawatan luka yang baik atau penjagaan terhadap gangguan kulit kelamin yang komprehensif dapat menghindari atau mengurangkan kesan parut pada kawasan kelamin.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.