
Sulit
4 tahun
Parut seperti parut keloid di atas kemaluan
Parut seperti parut keloid di atas kemaluan, gatal sangat dan sangat terganggu. Apakah cara untuk hilangkannya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, keloid merupakan parut yang boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit dan antara punca-punca terjadinya keloid ialah:
- kulit yang terluka waktu mencukur bulu kemaluan
- luka dari pembedahan
- gigitan serangga
- menindik
- tattoo
Keloid boleh berlaku jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai keloid, berumur bawah 30 tahun, sedang hamil atau remaja yang akil baligh. Antara cara untuk merawat keloid ialah:
- suntikan kortikosteroid untuk mengecilkan parut
- krioterapi, rawatan membeku parut
- rawatan laser
- pembedahan untuk membuang parut
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanya keterangan am dalam hal ini kerana saya tidak mampu untuk memberikan diagnosis yang sempurna kerana kekurangan maklumat. Untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat, anda perlu membuat pemeriksaan yang teliti oleh seorang doktor. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung bersama doktor kami secara peribadi. Terima kasih.