
Sulit
3 tahun
Parut timbul dekat muka kesan kemalangan, kulit saya koyak tapi doktor kata tak boleh jahit dan ia jadi parut timbul
parut saya parut yang timbul di muka kesan kemalangan 5 tahun lepas, luka tu luka kulit terkoyak tapi doktor tak jahit sebab doktor kata tak boleh jahit, boleh ke saya nak hilangkan parut tersebut

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui bagaimana ingin menghilangkan parut yang berlaku disebabkan luka kemalangan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Rawatan akan bergantung kepada jenis parut yang terhasil seperti:
- Krim, ointment atau ubat gel
- Prosedur pembedahan seperti dermabrasion, laser atau eksisi
- Suntikan steroid atau kolagen
Parut boleh menyebabkan gangguan emosi kepada sesetengah individu dan boleh menyebabkan komplikasi serius kepada kesihatan mental dan emosi.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor