
Sulit
3 tahun
Pasangan lambat datang haid sampai 2 minggu tetapi simptom haid ada
pasangan saya ada mengambil pil ubat perancang kecemasan yang perlu dimakan sebulan sekali. sebelum dia memakan pil perancang, dia telah pun haid. apabila pada pertama kali makan ubat tersebut, dia telah pun haid dalam jarak 5 hari kemudiannya pada pertengahan bulan. selepas itu haidnya langsung tidak datang pada awal bulan berikutnya. kerana dia takut maka dia makan sekali lagi ubat perancang kecemasan. kemudiannya simptom haid sudah ada tapi haid masih lagi belum datang. minta pertolongan doktor (bertanya bagi pihak pasangan)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan pasangan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh pasangan anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa pasangan anda mengalami haid lewat berdasarkan soalan sahaja kerana maklumat lanjut perlu diketahui terutama sejarah kitaran haid beliau dan juga pemeriksaan juga perlu dilakukan. Kami sarankan beliau untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Selain itu, pil perancang kecemasan mengandungi hormon yang tinggi dan tidak digalakkan untuk digunakan secara berkala atau rutin. Selain itu pil perancang kecemasan juga boleh menyebabkan gangguan kitaran haid disebabkan perubahan hormon di dalam badan.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Beliau juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukannya dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.