
Sulit
4 tahun
Pasangan sy belom dtg haid
Pasangan sy mmg ada masalah dtg haid sebelum ni dan Sy telah melakukan seks pada 23/3 yg lepas…smpai sekarang pasangan sy belom dtg haid …dan mcm mna cara utk mencegah daripada hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan pasangan anda mengalami masalah haid tidak teratur atau tidak datang haid, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Bagi pencegahan kehamilan, penggunaan pelindung seperti kondom oleh anda semasa melakukan hubungan seksual adalah digalakkan. Selain itu, pasangan anda juga boleh mengambil pil perancang kecemasan. Namun begitu, pil ini hanya dapat mengelakkan risiko kehamilan sekiranya diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seksual dilakukan.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Pasangan anda digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukannya dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda dan pasangan. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.