
Sulit
4 tahun
Patah tangan kiri 24 tahun yg lalu
Hi saya sekarang berumur 29 tahun dan pernah accident patah tangan sewaktu berumur 5 tahun. Sehingga kini saya tidak pernah mengeluarkan plate besi yg telah dimasukkan. Bolehkah saya mengeluarkan plate besi tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, besi atau implan yang dimasukkan pada tulang yang patah, tidak perlu dibuang setelah sembuh. Kajian menunjukkan ia adalah ‘bio-compatible’ iaitu bersesuaian dengan badan manusia dan tidak akan menimbulkan sebarang permasalahan kepada sistem badan manusia. Kebanyakan kes, pesakit tidak digalakkan untuk mengeluarkan besi tersebut jika tidak mengalami sebarang masalah. Ini adalah kerana,proses mengeluarkan besi ini akan mendedahkan anda kepada risiko-risiko pembedahan, pembiusan dan juga kemungkinan perlu menjalani transfusi darah.
Keadaan yang boleh atau harus mempertimbangkan tindakan untuk pengeluaran besi/implan adalah:
- usia kanak-kanak
- Terjadi jangkitan kuman pada tulang (Osteomyelitis)
- Besi atau implan tersebut menyebabkan masalah kepada pesakit setelah kepatahan tulang telah sembuh
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan masalah anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!