
Anonymous
2 tahun
Patah Tulang Rusuk kiri dan kanan
Ibu saya mengalami kemalangan dan patah kedua belah tulang rusuk kiri dan kanan. Patah pergelangan tangan kiri kanan dan patah tulang pinggul sebelah kiri. Selepas dua minggu di hospital ibu saya dibenarkan keluar dan berehat di rumah. Sejak dua hari lepas, ibu saya sering mengeluh sakit bahagian belakang sebelah kiri. Dan kadang kadang dada beliau terasa seperti di ikat dan terlalu padat. Beliau tidak mengalami sesak nafas. Apakah situasi itu normal. Dan bagaimana proses penyembuhan tulang rusuk yang patah. Apakah kesukaran dan kesakitan yang selalu dihadapi oleh pesakit.
Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan kemalangan yang menimpa ibu anda. Semoga beliau cepat sembuh.
Untuk makluman pihak tuan, kecederaan pada tulang rusuk sememangnya boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau kesakitan pada dada. hal ini adalah kerana, tulang dan otot pada rusuk ini adalah bahagian yang bergerak dalam proses mengembangkan dada ketika pernafasan berlaku.
Penyembuhan kecederaan tulang ini bergantung kepada individu terutamanya dari segi usia dan tahap kesihatan. Biasanya kecederaan ini mengambil masa sehingga 6 minggu atau lebih untuk sembuh bergantung kepada tahap keseriusan kecederaan tersebut. Pesakit dinasihatkan untuk banyak berehat dan kurangkan aktiviti lasak serta boleh mengambil ubat tahan sakit bagi melegakan kesakitan
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.