
Sulit
4 tahun
Patut atau tidak buat swab test covid
hai doc…pd tarikh 4oct sy menaiki bas dr shah alam ke terengganu…sekarang sy sakit tekak on off dan sakit kepala…patut ke sy buat swab test covid di hospital…satu lg utk swasta berapa anggaran swab test…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit tekak dan sakit kepala mungkin boleh disebabkan oleh jangkitan virus COVID-19 ataupun tida. Simptom-simptom lain yang terlibat adalah:
- Sesak nafas
- Batuk dan selesma
- Demam
- Cirit-birit
- Muntah dan loya
Oleh itu, sekiranya anda mengalami sakit tekak anda serta simptom-simptom lain yang diatas (terutamanya sekali demam dan batuk) sepanjang tempoh 14 hari selepas tarikh perjalanan anda, kami sarankan anda untuk mengambil ujian saringan COVID-19 di hospital atau fasiliti kesihatan yang terdekat. Anggaran bagi harga melakukan ujian saringan COVID-19 dari fasiliti swasta adalah berbeza mengikut setiap lokasi. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menghubungi klinik swasta yang berdekatan bagi menanyakan tentang sebutan harga yang diberi untuk ujian saringan tersebut. Anda juga boleh menempah ujian saringan tersebut pada laman web kami yang tertera pada link ini.
Ujian saringan ini juga mempunyai dua jenis, iaitu ujian RT-PCR (lebih tepat tetapi lama) dan juga RTK-Antigen/Antibody (Cepat tetapi kurang tepat).
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila pastikan anda menurut SOP yang ditetapkan sepanjang perjalanan anda ke fasilit yang berdekatan. Amalkan jarak sosial, memakai topeng muka dan juga menjaga kebersihan anda secara sepenuhnya bagi bersama membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang tengah melanda negara kita ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini