
Sulit
4 tahun
Patut kah saya membuat crowning gigi?
Selepas 2 bulan saya jalani rawatan akar gigi,saya masih tidak membuat crowning gigi kerana kesulitan bayar mahal di klinik swasta dan sukar membuat appointment di klinik kerajaan dlm tempoh terdekat. Sebab kan itu, sekurang kurangnya berapa lama tempoh yg sepatutnya untuk saya membuat crowning gigi ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.