
Sulit
3 tahun
Payudara bayi tidak sama
Anak saya umur 1 tahun lebih.Waktu baru lahir dulu ibu saya ada picit sbb ada keluar cecair putih dari puting. Mungkin ibu tidak picit sama rata dua dua belah.sekarang saiz buah dada kanan lebih besar dari kiri.belah kanan menonjol belah Kiri leper. Apa patut saya lakukan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, puting bayi payudara umumnya berukuran sangat kecil, sehingga tidak dapat dilihat. Di samping itu, ukuran puting juga tidak selalu sama , melainkan boleh besar sebelah, sebagaimana yang anak Anda alami. Seringnya, hal seperti ini tidaklah berbahaya. Kemungkinan besar apabila usianya bertambah, kemungkinan besar puting payudaranya akan berkembang secara normal sehingga tidak perlu menerima rawatan lanjut.
Jika anda mempunjai soalan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.