Anonymous
6 tahun
Payudara bengkak sebelah kiri dan 2 bulan belum lagi period
Saya wanita berumur 24tahun dan sudah berkahwin.saya dikurniakan 2 orang ank.anak ke-2 berumur 3bulan lebih.payudara sebelah kiri saya bengkak tidak sama saiz dengan sebelah kanan. Apa kah masalahnya?? Dan sebelum ini period saya selalu teratur tapi selepas habis bersalin saya langsung tak period sampai sekarang.
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk pengetahuan anda, haid akan terhenti atau tidak sekata buat seketika sehingga anda menyusu anak anda. Ianya merupakan proses yang normal sahaja.
Punca payudara bengkak boleh disebabkan oleh:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- penyekatan/radang saluran susu payudara
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor sekiranya bengkak payudara tersebut tidak kurang atau sakit supaya pemeriksaan dapat dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































