
Sulit
4 tahun
Payudara besar sebelah
Hai , sy berumur 27 tahu. . Belum berkahwin . Baru2 ni saya ada check payudara saya . Sy dapati payudara belah kanan saya ada bonjolan yang bergerak2 dan tidak sakit . Dan sy dapati juga payudara belah kanan sy lebih besar dari yg kiri . Boleh tahu apa penyebabnya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, payudara yang tidak seimbang saiz adalah perkara yang biasa, tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan hal ini, seperti:
- perubahan hormon
- ovulasi ketika haid
- kecederaan
- cyst
- ketumbuhan atau kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.