
Sulit
4 tahun
Payudara kanak kanak 5tahun Ada benjolan
Anak perempuan saya berumur 5tahun.saya dapati Ada benjolan d payudara Kiri …bila d tekan Ada sedikit rasa sakit katanya…adakah inI bahaya Dan perlukah saya ke klinnik?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketumbuhan di payudara kanak kanak.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa pekara:
- Jerawat kulit
- Penghasilan abses dalam puting ( Subaerolar abscess )
- Folikel rambut yang tersumbat
- Jangkitan kuman atau kulat
- Hiradenitis Suppurativa : kondisi keradangan kelenjar peluh dan ia boleh berada pada puting.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda harus berjumpa dengan doktor anda sekiranya kanak kanak itu mengalami:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Sakit payu dara
- Ketumbuhan kelenjar limpa di kawasan ketiak
- Sekiranya benjolan tersebut berlarutan dan semakin teruk
- Sekiranya benjolan tersebut mengeluarkan kekuningan seperti nanah.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.