Sulit
2 tahun
Payudara kanan sakit
Saya wanita 27 tahun sudah berkahwin… payudara bahagian kanan saya sakit apa bila tersentuh. Saya tak rasa apa apa benjolan. Sakit baru beberapa hari saja jadi. Sekarang saya juga tengah period. Boleh doc bantu saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang payudara (mastitis)
- Cyclical breast pain disebabkan haid
- Pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat
- Kanser payudara
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Terdapat kemerahan atau tanda keradangan pada payudara
- Puting mengeluarkan darah atau nanah
- Sukar bernafas
- Tiada selera makan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.