
Sulit
5 tahun
Payudara kiri bengkak dan sakit
Saya wanita berusia 37 thn…payudara kiri ada ketumbuhan yg keras.nipple inverted .keluar cecair kuning dan pernah mengeluarkan cecair warna merah transparent dr nipple…kebelakangan ni selalu skt,dan nipple terasa seperti dihiris pisau…pernah membuat ultrasound dan biopsi tetapi keputusan bilateral fibroadenoma 3thn yg lalu…sekarang tumor selalu sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Fibroadenomas adalah benjolan payudara yang jinak (bukan kanser). Kebanyakan fibroadenomas boleh diuruskan secara konservatif tanpa pembedahan, bagaimanapun, sesetengah orang ramai yang ada gejala tambahan seperti rasa sakit atau ketidakselesaan atau peningkatan saiz mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tumor tersebut.
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan ditentukan metode perawatan yang sesuai untuk anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.