nadiaharun87
6 tahun
Payudara kiri sakit, berdenyut
sy belum berkahwin. akhir2 ni saya alami tiba2 sakit mengejut di bahagian payudara kiri. sakit sehingga terjerit sndr. mcm saraf menarik. bermula pg ni mula rasa sakit berdenyut & sedikit rasa macam sedikit ketat dada ketika bernafas. harap doktor blh bantu simtom yg sy alami ni
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah kesengalan payudara yang anda hadapi bleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara punca fisiological untuk masalah anda adalah:
- Menstruasi (sindrom pramenstrual (PMS) atau gejala sebelum menstruasi )
Agak umum dalam kalangan wanita di mana kebanyakan mereka akan berdepan sakit payudara kerana perubahan hormon sewaktu menstruasi contohnya hormon estrogen, progresteron. Pengurangan hormone tersebut semasa PMS akan menyebabkan golongan wanita kerap rasa sakit di bahagian payudara. - Kesakitan otot pectoral disebabkan tertarik/ aktiviti lasak.
Otot Pectoral berada tepat di bawah payudara dan kesakitan akibat senaman tertentu bersifat sementara. Kesakitan itu berlaku bergantung kerana tahap tenaga dan tekanan yang digunakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih
































