Sulit
3 tahun
Payudara macam di cucuk
hai dr…sy sorang ibu anak sy umur 4 bln spenuhnya susu badan…kadang sy merasa payudara seperti di cucuk kanan dan kiri kadang ada,kadang tak ada namun begitu tidak menggangu aktiviti sy…boleh dr terangkan apa masalah sy…?terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik. Payudara terasa ditekan, dihimpit, dicucuk, berdenyut yang berpindah serta merasakan sesuatu di payudara boleh disebabkan oleh:
- gangguan otot disekitar payudara
- gangguan hormon wanita
- gangguan kelenjar saluran air susu
atau penyebab yang lebih serius seperti:
- kanser payudara
- gangguan saluran limfa
- gangguan saluran darah / kardiovaskular
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Sementara itu, sila pantau (dan catatkan) sekiranya anda mengalami keruaman, sakit payudara, bengkak, ataupun terdapat ketumbuhan ketulan pada payudara yang tersebut.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).