
Anonymous
6 tahun
Payudara sakit dan keluarkan susu selepas setahun berhenti menyusu
Hai doktor. Saya mahu bertanya mengenai masalah saya. saya telah berhenti menyusukan anak saya selepas anak saya cukup berusia tepat 2 tahun. Kini, anak saya sudah genap berumur 3 tahun, Dan Sebelum ini payudara saya sudah tidak mengeluarkan susu. Tetapi perkara yang menjadi kan keraguan saya apabila selepas 1 tahun kering susu, kini tiba tiba sebelah payudara saya terasa sakit disekitar puting payudara Dan saya memicitnya Dan ia mengeluarkan sedikit susu Dan air berwarna jernih. Selepas saya memerahnya, sakit yang saya rasa kan kurang sedikit dari sebelumnya. Untuk pengetahuan doktor, haid saya pada bulan lepas adalah lewat selama 3 hari dari yang sepatutnya Dan masih tidak period pada bulan ini. Persoalannya, mengapa susu masih keluar walaupun selepas 1 tahun susu mengering? Adakah saya mempunyai sebarang masalah kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cairan payudara yang keluar disertai sakit payudara boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Abses
- Efek pil perancang
- Masalah endokrin
- Mammary duct ectasia - saluran susu membesar dan tersumbat
- Prolactinoma - tumor otak yang menyebabkan hormon susu meningkat
- Keradangan payudara
- Tumor-tumor atau kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.