Sulit
3 tahun
Payudara sakit disebelah kiri
Sy sakit payudara sebelah kiri.tp tiada simptom kearah kanser.cuma sy ada search payudara boleh sakit krn minum kopi.krn sy ada minum kopi utk energy booster.ada ginseng,bacopa,ginkgo biloba.harap penerangan doc dpt membantu sy.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit payu dara.
Untuk pengetahuan anda, memeang benar terdapat kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi boleh menyebabkan sakit payudara berkitaran atau cyclical breast pain. Kopi mengandungi caffeine, dan salah satu elemen dalam caffeine adalah methylxantine yang dipercayai boleh menyebabkan sakit.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu, kita tidak boleh mengatakan kopi semata mata adalah penyebab sakit payudara, anda juga harus mengambil tahu sebab sebab lain berlakunya sakit payudara seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.