
Sulit
4 tahun
Payudara sakit namun tidak hamil dan tidak haid
Hi doctor, saya wanita lingkungan 20an dan sudah berkahwin. Saya mengalami sakit payudara lebih kurang 2 minggu. Kebiasaanya itu adalah siptom akan haid. Tetapi kalini sudah 2 minggu dan haid saya telah lewat 5 hari jadi saya berasa tidak selesa. Upt saya negative pada 5 hari lepas. Apakah perkara ni berbahaya untuk saya? Atau apakah penyelesaiannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan puan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit payu dara yang tidak berkait dengan kedatangan haid dan juga haid yang lewat selama 5 hari. Untuk makluman anda, sakit payu dara pada biasanya adalah disebabkan oleh rembesan hormon reproduktif wanita iaitu_estrogen_ dan progestogen yang tidak seimbang. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Ketidakseimbangan hormon secara langsung
- Gangguan stress berlebihan
- Senaman yang berlebihan dan tidak seimbang
- Masalah tiroid
- Penyakit sista ovari
- Penyakit ketumbuhan tisu rahim asing diluar organ rahim. (endometriosis)
- Kanser ovari
Sakit payu dara yang anda perihalkan di atas juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit payu dara yang khusus seperti ketumbuhan sista, jangkitan kuman, keradangan atau kanser payu dara. Walaubagaimanapun, kami sarankan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Haid tidak teratur atau sakit payu dara yang berlarutan panjang sehingga berbulan-bulan
- Pengeluaran discaj atau lendiran pada puting
- Perubahan warna pada kulit payu-dara
- Bentuk puting yang termasuk ke dalam
- Benjolan pada kawasan ketiak atau payu dara.
- Penumbuhan bulu roma yang tidak terkawal
- Senggugut yang terlalu sakit yang tidak berkait dengan kedatangan haid.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!