
Sulit
4 tahun
Payudara sakit sebelah kiri. Bukan di puting. Tapi di kwasan trsebut belah bawah
Saya berumur 27 tahun. Pagi tadi saya ada terasa sakit di payudara sebelah kiri. Mcm bisul pun ada. Boleh bagi penerangan sikit doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- sindrom premenstrual
- kehamilan
- jangkitan kuman pada payu dara
- trauma
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Jawapan ini ialah keterangan am. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.