
Anonymous
5 tahun
Payudara sebelah kiri kebas dan sakit
Beberapa minggu ni saya rasa kebas di bawah ketiak sebelah kiri (lebih kepada tepi payudara kiri). Bila saya sentuh kawasan tu, saya tidak merasa apa2…sekarang payudara kiri tu mula merasa sakit. Bila bergerak lebih sakit…ataupun bila bergesel dengan lengan akan rasa sakit. Untuk makluman Dr, bulan 2 yg lepas saya baru menjalani pembedahan di bahu kiri akibat masalah saraf. Saya tak pasti sakit payudara ini kesan drpd pembedahan bahu tersebut atau tak. Minggu depan saya ada follow up appointment dhn hospital. Mohon cadangan & pendapat Dr mengenai masalah saya ini. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom tersebut. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sakit pada payudara boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan
- Kalenjar payudara tersumbat
- Sakit yang berpunca dari otot, saraf atau tulang dada
Jika ianya berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.