
Sulit
4 tahun
Payudara sebelah kiri saya tiba tiba rasa sakit
Saya berumur 39 tahun .saya ingin bertanya payudara saya sebelah kiri tiba tiba sakit dari semalam…sebelum ini tidak pernah…saya cuba rasa jika ada ketulan di bawak ketiak tetapi saya tak jumpa…dia berasa sakit di payudara dan bila saya tekan dia rasa keras dan sakit…dia sakit secara tiba tiba…apakah punca sakit payudara saya…sedangkan sebelah kanan tidak sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit payudara.
Untuk makluman anda, sakit payudara sering berlaku kepada wanita. Ia mungkin disebabkan oleh perkara serius ataupun tidak. Saya tidak boleh menyimpulkan keadaan anda tanpa pemeriksaan fizikal dilakukan. Di sini saya kongsikan sebab yang biasa berlakunya sakit payudara, antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit yang berpanjangan
- Keluar lendir atau nanah
- Keluar darah daripada puting
- Perubahan warna pada payudara
- Terdapat benjolan
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.